SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi

Khamis, 30 September 2010

Khasiat Barli yang perlu anda ketahui

Serat Barli Mampu Rendahkan Kolestrol Dalam Darah.



Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu. Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadiikan sebagai makanan haiwan ternakan.
Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat. Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tinnginya kira-kira satu meter.Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini dan merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut. Kajian klinikal di Australia, Kanada dan amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.



Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ' waxy' lebih tinggi kandungan beta glucan daripada jenis barli lain. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggung jawab dalam menigkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Barli mengandungi tokol yang tinggi. Barli juga merupakan sumber baik bagi vitamin B dan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsang penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di Englad melaporkan barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromuim.Pesakit diabetes perlu mngawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.

Tunas bijirin barli bertindak sebagai pelega, pengeluar kahak dan pelembut. Kadang kala ia juga bertindak sebagai bahan yang boleh menyebabkan keguguran. Dikatakan tunas barli boleh digunakan untuk merawat dispepia serta muntah dan kekembungan akibat meminum susu ibu. Sebaik-baiknya tunas bijiran barli ini tidak diberika n kepada ibu yang menyusukan bayi kerana ia mengurangkan pengaliran susu.Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli ( rebusan air barli dalam air ) Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu diambil sebagai penyejuk badan.

Selain bijirin barli, daun pokok barli yang berupa seperti lalang dan berwarna hijau juga dikatakan berkhasiat. Apabila daun ini mencapai ketinggian sehingga 12 hingga 14 inci, ia mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yang diperlukan oleh manusia. Malah dikatakan dikatakan jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hamper 5 kali besi dalam bayam, 7 kali vitamin c dalam oren dan 80 mg vitamin B 12 daripada 100 gram barli.
Bagi penyakit serius seperti arthritis dan barah, pengambilan jusramuan daun barli yang berwarna hijau atau yang telah dikeringkan, yang diambil dalam jangka masa dua jam selepas makan kepada 20 minit sebelum hidangan seterusnya dikatakan mampu membuatkan enzim-enzim digunakan dengan baik. Cara ini dapat membiarkan enzim diambil secara langsung dan sekali gus masuk ke dalam saluran darah di mana ia digunakan bagi memperbaiki dan menyembuhkan tubuh.Jus yang dihasilkan daripada daun barli juga dikatakan mampu merendahkan tahap kolesterol dalam darah. Bahan ikimia dalam daun ini dikatakan mampu melambatkan penghasilan kerosakan saluran darah yang disebabkan oleh diabetes.


khasiat kunyit yang perlu anda tahu

kunyit2.jpg


Sebagai masyarakat melayu kunyit tidak pernah asing dalam kehidupan kita dimana selalu digunkan sebagai rempah di dalam makanan dan juga sebagai ubat dalam menjaga kesihatan dan kecantikan.

Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa adalah merupakan sejenis tumbuhan herba rhizomatous yang mana tergolong dalam famili halia. Kunyit merupakan jenis temu-temuan yang mengandungi komposisi kimia berkeaktifan fisiologi iaitu minyak atsiri dan mengandungi kurkumin. kurkumin bertindak memberi warna kuning pada kunyit.

curry-powder.jpg


Khasiat kunyit
Bagi masyarakat melayu kunyit terkenal sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Dimana digunakan untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Selain daripada itu kunyit juga terkenal dengan memanaskan badan serta melancarkan peredaran haid. Kunyit juga dipercayai dapat membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angin dalam perut, dimana di jepun kunyit ditambah di dalam teh untuk mengeluarkan angin dari dalam badan.
Bagi masyarakat cina pula percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku.Di India dalam perubatan ayuverda kunyit digunakan sebagai antiseptik serta anti bakteria. pada luka,kesan terbakar dan juga kesan lebam.Di thailand kunyit digunakan untuk merawat luka akibat sengatan ular.

spicy_chicken_masala_curry.JPG

Kengunaan kunyit
Kunyit banyak digunakan di dalam masakan seperti di malaysia, indonesia,
Selatan Asia dan Timur Tengah. selain daripada digunakan sebagai rempah pada makanan, kunyit juga digunakan sebagai ubat-ubatan dan juga barangan kosmetik. Kunyit dijadikan sebagai krim untuk menghilangkan jerawat,sebagai lulur untuk mencantikan kulit serta krim antiseptik.Kunyit juga boleh dimakan sebagai ulam-ulaman.

lulur.jpg

Petua kunyit
Melancarkan Perjalanan Darah

1. Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.
2. Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.

Memanaskan Badan
Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.

Daun Kunyit
Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.



Sireh & Khasiatnya yang perlu kamu ketahui

sirih.jpg

Dari segi sejarahnya sireh atau ‘piper betle’ dikatakan tumbuhan asli di Malaysia. la dikenali dengan banyak jenis seperti sireh Melayu, sireh Cina, sireh India, sireh Jawa dan sireh Indonesia. Dalam masyarakat Melayu, sireh Melayu digunakan untuk membuat sireh junjung, manakala yang dimakan atau dikunyah adalah sireh India.
Menurut Pegawai Penyelidik Kanan (Bahagian Tumbuhan Ubatan) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Mohd Ilham Adenan, ciri-ciri utama sesireh adalah batangnya mempunyai ruas atau berbuku-buku. Menurut beliau, dari segi nilai perubatan dan khasiat sireh, ia banyak terletak pada daunnya. Sebenarnya, sireh mempunyai banyak nilai perubatan. Ia banyak digunakan untuk rawatan wanita terutama penyakit keputihan. Untuk penjagaan rawatan badan, ia digunakan untuk menghilangkan bau badan dan bau mulut. Sireh turut digunakan untuk mengubati penyakit malaria dan sendi. Penemuan terbaru melalui satu siri kajian bersama oleh UPM dan sebuah makmal di Australia, mendapati sireh mengandungi nilai perubatan yang setanding dengan teh hijau yang menjadi kebanggaan bangsa Jepun. Ini bermakna, ia juga boleh mengubati kanser dan penyakit jantung.

Mengikut bahasa perubatan moden, sireh dikategorikan mempunyai khasiat astringen iaitu berkeupayaan mengecutkan tisu-tisu organik. Sireh juga mempunyai khasiat ekspektoran, yakni apabila dimakan ia menghilangkan lendir dan kahak di tekak. Sebab itu penggunaannya dikaitkan sebagai ubat batuk dan sakit tekak. la juga mengandungi antiseptik iaitu bahan yang boleh membunuh kuman, bakteria atau kulat.

Oleh itu, sireh berkesan untuk mengubati keputihan disebabkan khasiat antiseptik yang terdapat di dalamnya kerana ia boleh membunuh bakteria yang terdapat di bahagian vagina dan sebagainya. Ia juga mengandungi khasiat hemostatis, yakni boleh memberhentikan darah atau mempercepatkan proses pembekuan darah yang keluar daripada hidung. Selain itu, terdapat juga komponen aktif dalam sireh seperti flavornoid dan polyphenol yang boleh menegangkan kulit serta mengelakkan kedut-kedut di muka.

Petua meggunakan sireh

Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

rebus daun sireh dan gunakan untuk mencuci kawasan yang gatal insyallah gatal akan hilang.