SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi

Selasa, 14 September 2010

HATI-HATI BUAT RAWATAN KECANTIKAN KETIKA HAMIL

Ibu hamil pasti ingin tampil cantik dengan wajah dan tubuh dirawat. Namun tidak semua perawatan itu baik di saat kehamilan.

1. Rawatan muka : Perawatan kecantikan wajah umumnya disertai dengan berbagai jenis perawatan kulit termasuk rawatan wap muka, pengelupasan, penggunaan krim dan losen, masker dan urutan.

Tip

Beritahu petugas salun atau spa yang anda sedang hamil.

· Pastikan bahan-bahan yang digunakan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada janin yang berbahaya kepada janin dan aman untuk kehamilan.
· Hindari penggunaan alat elektrik pada wajah seperti mesin berfrekuensi tinggi untuk mencegah jangkitan kulit yg biasanya digunakan di akhir perawatan wajah.

2. Rawatan kuku kaki dan tangan : Belum ada bukti secara saintifik yang menyatakan perawatan jari tangan dan kaki, termasuk kuku berbahaya buat janin. Namun memang banyak produk perawatan kuku yang mengandungi bahan kimia seperti toluence pada cat kuku atau aseton sebagai bahan pembersih kuku. Sebaiknya ibu hamil menghindari perawatan ini pada trimester pertama krna pada tahap ini janin masih dalam tahap pembentukan.

Tip

Gunakan bahan pelindung semasa perawatan tangan dan kaki bagi menggelakkan bahan-bahan itu termasuk dalam mulut.

3. Mewarnakan rambut : Mewarnakan rambut semakin popular dengan pelbagai gaya dan jenis pewarna yang tidak lagi dipandang berbahaya oleh ibu hamil. Semakin banyak pula produk yang mengakui tidak berbahaya kepada ibu hamill dan janin. Namun tanpa mereka sedari, masih banyak produk yang mengandungi bahan kimia seperti tar mampu meresap jauh ke dalam kulit rambut, lalu memasuki aliran darah. Apabila bakal ibu terus menerus menggunakan bahan tersebut, mereka berisiko utk mengalami keguguran.

Tip

Sebaiknya gunakan inai atau pewarna yang diperbuat daripada tumbuhan semula jadi sebagai alternatif. Bahan ini lebih baik untuk ibu hamil. Namun anda perlu juga mendapatkan nasihat daripada doctor memandangkan keadaan kehamilan setiap orang berbeza.

4. Akupuntur kehamilan : Akupuntur dilakukan dengan menyuntik jarum ke kulit di titik-titik tenaga seseorang, seperti di perut. Sehingga kini belum ada kajian yang membuktikan bahawa akupuntur kecantikan atau yang dilakukan untuk keremajaan kulit berbahaya kepada janin. Ini bermakna anda boleh melakukan akupuntur kecantikan.

Tip

* Perlu dilakukan oleh akupuntur bertauliah.
* Sebelum membuat rawatan akupuntur, dapatkan dahulu nasihat drpd pakar sakit puan.

ELAKKAN.

1.MESOTERAPI : Teknik menyuntik ubat atau bahan lain ke lapisan mesodermis atau lapisan tengah kulit untuk mengatasi pelbagai masalah. Misalnya untuk mengurnagkan selulit dan lapisan lemak pada tubuh atau untuk keremajaan kulit dan mengurangkan lapisan lemak di bawah mata.

Perlu dielakkan kerana:

Sepanjang kehamilan ibu hamil dilarang melakukan perawatan yang melibatkan suntikan kecuali amat perlu untuk tujuan perubatan. Ini kerana, setiap bahan yang disuntikkan ke dalam tubuh akan memasuki peredaran darah ibu dan janin. Walaupun ketika ini terdapat, kaedah mesoterapi tanpa suntikan, ubat-ubatan yang digunakan tetap mempunyai tujuan yang sama. Ubatan tersebut akan menyerap ke dalam tubuh dan ia belum terjamin keselamatannya kepada janin.

2. ‘FACELIFT’ : Prosedur pembedahan yang bertujuan menghilangkan kulit kendur yang bertujuan menghilangkan kulit kendur dan menegangkan wajah serta leher untuk melawan tanda penuaan. ‘Facelift’ melibatkan suntikan bius dan biasanya berjalan selama tiga hingga tujuh jam atau lebih.

Perlu dielakkan kerana:

Tidak ada petunjuk perubatan yang khusus yang perlu dilakukan. Apalagi ubat bius yang digunakan akan melalui pembuluh darah dan beredar ke janin.

3. Botox : Perawatan kecantikan yang dilakukan dengan cara suntikan botulinum toksin. Toksin yang dihasilkan oleh bakteria Closridium Botulinum ini disuntik ke otot tertentu sehingga menghalang fungsi otot tersebut. Ia bertujuan menghilangkan sementara kedutan, misalnya kedut pada sudut mata dan di antara dua kening dan dahi.

Perlu dielak kerana:

Suntikan ini melibatkan toksin walaupun ada kajian yang memadai tentang penggunaan Botulinum toksin pada ibu hamil. Bukankah ibu hamil biasa mengalami perubahan kulit seperti pigmentasi dan akan hilang selepas melahirkan ? Jadi mengapa menghabiskan wang untuk perkara yg anda sendiri tidak pasti pada sembilan bulan akan datang.

Sumber : Majalah Mingguan Wanita, Bil 1291, 15-21 Ogos 2008, m/s:72, Kelolaan : Netty Ah Hiyer


Minuman Berkarbonat Jejaskan Kesihatan

Minuman berkarbonat memang popular dalam kalangan masyarakat. Tidak kira musim, minuman menjadi hidangan terutamanya apabila berkunjung ke premis makanan segera. Datang dengan pelbagai jenama minuman berkarbonat menjadi hidangan apatah lagi pada musim perayaan.

Biar apa jenamanya, secara umum, kandungan minuman berkarbonat adalah sama banyak gula.

Selalunya soal kesihatan dan aspek pemakanan sering dipinggirkan seketika pada musim perayaan. Walaupun tahu minuman berkarbonat tinggi kandungan gulanya, kebanyakan kita menghidangkannya kepada keluarga mahupun tetamu tanpa rasa bersalah.

Tarikan iklan yang menceritakan 'keasyikan' menikmati minuman ringan dan berkarbonat memang sukar dilawan.

Malah, lebih membimbangkan, minuman berkarbonat juga menjadi antara daya penarik utama di kantin sekolah, termasuk sekolah rendah.

Sedar atau tidak, kanak-kanak akan menjadi mangsa kerana kealpaan kita. Kanak-kanak antara golongan paling suka minum minuman berkarbonat hingga kadangkala ada yang langsung menolak apabila diberikan air kosong. Jika minum pun hanya seteguk dua, itupun selepas dipaksa.

Kajian mendapati, pengambilan minuman ringan dan berkarbonat yang berlebihan akan menyumbang kepada masalah kesihatan, terutama berlebihan berat badan dan obesiti.

Minuman berkarbonat sebenarnya tidak mengandungi zat, tetapi banyak kalori yang datang daripada gula. Banyak bukti saintifik menunjukkan ia ada kaitan langsung dengan pertambahan berat badan.

Masalah pertambahan berat badan ini menjadi satu faktor risiko kepada penyakit kencing manis di kalangan orang dewasa muda. Pertambahan berat badan ini adalah proses yang sentiasa berlaku sebagaimana peningkatan usia. Gabungan dua faktor ini juga mendedahkan seseorang kepada risiko serangan jantung dan strok.
Obesiti membimbangkan
Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak kini mencecah tahap membimbangkan. Kanak-kanak yang minum satu tin minuman berkarbonat (325 mililiter) setiap hari mempunyai lebih kurang 10 peratus tenaga berbanding kanak-kanak lain. Tenaga ini (yang datang daripada gula), jika tidak digunakan, akan disimpan dalam badan sebagai lemak.

Kajian yang disiarkan dalam jurnal General Dentistry mendapati, tabiat minum minuman berkarbonat boleh meningkatkan masalah kerosakan dan pereputan gigi.

Pakar Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Ho Shiau Fen, mengakui hakikat ini.

Bukan gula saja yang menjadi faktor menyebabkan kerosakan gigi, tetapi kandungan asid dalam minuman berkarbonat boleh melemah serta mengikis lapisan enamel (lapisan luar) pada gigi. Ini mempercepatkan proses pereputan gigi.

"Mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula tidak boleh melebihi 10 peratus daripada keperluan kalori seseorang. Sebagai contohnya, jika keperluan kalori seseorang itu adalah 2000 kalori, jumlah gula yang boleh diambil adalah kurang daripada 200 kalori, iaitu kira-kira 10 sudu teh gula.

Jumlah ini termasuk gula tersembunyi. Ini adalah jumlah yang diperoleh daripada setiap makanan kita, sama ada dalam teh, kopi atau makanan yang bergula ketika bersarapan, makanan sarapan, makanan tengah hari, sajian minum petang dan makan malam.

"Satu tin minuman berkarbonat mengandungi antara enam hingga 10 sudu teh gula. Ini bermakna, jika kita minum satu tin minuman berkarbonat, kita sudah mencapai sukatan gula daripada yang disarankan.

"Masalah pengambilan gula yang terlalu banyak biasa berlaku pada musim perayaan. Boleh dikatakan setiap rumah menghidangkan minuman berkarbonat. Itu belum mengambil kira kandungan gula dalam kek, biskut atau hidangan lain," katanya.

Ramai orang menganggap tidak mengapa untuk minum satu tin minuman berkarbonat, asalkan ia diiringi beberapa gelas air kosong. Mereka percaya air kosong akan 'mencairkan' kepekatan minuman berkarbonat.

Hakikatnya, anggapan ini salah dan perlu diperbetulkan segera. Tidak kira berapa banyak air kosong diminum, kandungan gula daripada minuman berkarbonat yang masuk ke dalam badan tetap sama. Tetap melebihi tahap keperluan harian kita. Masalah ini bertambah buruk dengan pengambilan makanan manis seperti kek dan biskut hari raya.

Untuk mengurangkan kuantiti gula diambil, kurangkan pengambilan minuman berkarbonat adalah cara paling praktikal.

Ini boleh dibancuh atau dicampur dengan air kosong dan dikongsi minum beramai-ramai. Bagaimanapun, jika air dibancuh dihabiskan sendirian, kandungan gula yang masuk ke badan tetap sama, iaitu antara enam hingga 10 sudu teh.

Di kalangan kanak-kanak pula, terlalu banyak minum minuman berkarbonat menyebabkan mereka kurang minum air kosong atau minuman berkhasiat seperti susu. Selain gula, kebanyakan minuman kola memasukkan kafein sebagai penambah rasa. Kafein adalah 'bahan perangsang' yang membuatkan kita ketagih untuk minum lebih banyak dan kerap.

Banyak kajian mendapati, kafein meningkatkan pengeluaran kalsium daripada tulang, menyebabkan kita terdedah kepada masalah reput tulang atau osteoporosis jika diambil dalam jangka masa panjang.

Justeru, jika dapat, pada musim perayaan ini elak mengambil terlalu banyak minuman berkarbonat, sebaliknya gantikan dengan pilihan lain seperti teh atau jus buah-buahan.

Malangnya, budaya orang kita yang menerima saja minuman dihidang tuan rumah boleh memburukkan keadaan, terutama di kalangan pesakit kencing manis.

Dalam hal ini, Ho menyarankan pesakit berterus terang dengan tuan rumah atau meminta minuman lain (pilihan terbaik adalah air kosong) sebagai pengganti. Malah, sebagai tuan rumah juga, kita mesti prihatin keadaan kesihatan tetamu.

Ibu bapa juga perlu mendidik anak mengenai keburukan meminum terlalu banyak minuman berkarbonat.

Pada masa sama, mereka juga mesti menjadi teladan kepada anak dengan mengamalkan minum banyak air kosong.

Posted by Laman Kesihatan at 11:59 PM 17 comments

Labels: Diet - Pemakanan, Obesiti

Email this • Subscribe to this feed • Digg This! • Add to del.icio.us • Share on Facebook • Stumble It! • AddThis!