Termasuk cinta tabii ialah mencintai kesempurnaan, kenikmatan dan kecantikan sama ada seperti budi pekerti lohor, amanah dan ilmu reka-cipta yang membawa kepada kebaikan. Mencintai kenikmatan seperti kecantikan isteri, kecantikan kenderaan, rumah, pakaian, perhiasan, pemandangan indah, manisan madu, makanan dan sebagainya adalah cinta secara tabii yang mulia selagi tidak ghuluw dan tidak mengatasi cintanya kepada Allah.
Seorang sahabat pernah bertanya kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam tentang sikapnya yang suka kepada kecantikan, lalu baginda memujinya kerana tidak riyak dan tiada pembaziran, kemudian baginda bersabda:
'Allah itu cantik, la sukakan kecantikan".
Hanya agama yang dapat membatasi dan menunjuk ajar nilai cinta yang haras ada pada seorang hamba dan nilai cintanya yang wajib diserahkan kepada Allah 'Azza wa-Jalla sebagaimana firman-Nya:
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga) ". ALIIMRAN, 3: 14.
"Tidak beriman seseorang kamu sebelum mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri". H/R al-Bukhari.
SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi
Khamis, 26 Ogos 2010
MeNcinTai Allah dan Rasulnya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sELaMaT MemBaCa!!!